Congo Bar
Assalamualaikum Hai, Salam Jumaat -penghulu segala hari- semoga kengkawan semua dirahmati oleh-Nya Hari ni saya dengan baik hatinya menjamu kengkawan kat opis dengan Congo Bar (taktau la asal usul namanya cenggitu) . Ngee~ semalam terlebih rajin lak. Niat nak buat Congo Bar ni dah lama. Baru semalam terlaksana. ;) Resepi yang mudah je. Cedok dari Kak Azlita : rujuk sini ( damn! adore her mucho ) 315 gm tepung gandum 2 1/2 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil garam 150 gm butter 320 gm gula perang - boleh kurangkan (saya buat 290 gm) 3 biji telur 1 sudu kecil esen vanila 250 gm chocolate chips 1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional (saya guna walnut) Kepingan badam untuk taburan - optional Tepung + baking powder + garam = Ayak dalam bekas besar dan ketepikan. Dalam bekas lain campurkan gula perang + mentega dan kacau rata sehingga butter melarut. Masukkan telur sebiji demi sebijik d...