Posts

Showing posts from September, 2014

Mama saya datang~

Image
Assalamualaikum Hai Sekejapnya masa berlalu, rasanya macam baru tadi pegi jemput my Mum and Imran kat KLIA2..padahal dah seminggu berlalu~ huwaaaa rindu.. 10:09:2014 (Rabu) mama & adik No. 2 datang melawat kitorang kat sini yeayyy!! ( feeling aritu la).  Kali ni jenjalan sekitar KL saja. Tujuan mama datang pun sekadar nak lepaskan rindu kat cucu-cucu kesayangan dia je dan sebab bapa join rombongan melancong ke Filipina.  11:09:2014  Kami jenjalan kat Berjaya Times Square (BTS). Nak ke sana senang sebenarnya tapi bila dah nak sampai (depan Balai Polis KL) jalan tu ditutup! Aah sudah~ nak lalu mana lak ni..menyesal tak lalu terowong SMART tadi..terpaksalah mintak bantuan Google Map. Lepas 15 minit sampai juga destinasi. BTS : Lama tak datang sini padahal dulu selalu  dating dengan boyfriend  (sekarang dah jadik husband hahaaa) sebab dia kerja kat sini. Sementara tunggu dia abes keje duk lepak kat Borders baca komik (# yawn..boring ke?~ oklah).  Ada perub

10 Facts

Image
Asalamualaikum Hai Sekarang ni tengah trending di Instagram : "2 0 Facts About Me" Repost If You Are Tagged & List 20 Facts About You And Tag 20 Fav Account Actually nobody's tagging my name  bahahaa. But still I wanna do  that kind of thing  ( kinda mengadaS kan). Sorry fellas, not me but my kiddos. ( I hope my babies will read this when they grow up. Well, for me this is the reason why i'm blogging ) So, this is it! 10 facts about Muhammad Akid'adha Anaqi : 1. Berbintang Sagittarius (DOB : 07122008) Tahun Tikus. Masa lahirkan Akid'adha, tangan sebelah kanan keluar dulu macam Superman hehee. Alhamdulillah everything's fine . 3.18kg : 50cm 2. Love western foods. Mungkin masa pregnant Akid, asek sumbat western food je. Tak boleh lupa gigih mencari 1901 Hotdog di KLCC jam 10 malam! Memang dah tutup la kan. Akid juga s uka makan Pajeri Nanas (tapi pajeri nanas ibu je yang lain tak jalan hahaa) dan  Kuih Onde-Onde / K

Owh Malaysiaku

Assalamualaikum Hai Saya tak sangka pada hari ini, di zaman yang serba maju dengan teknologi gajet yang serba canggih masih terdapat orang-orang yang tidak dapat membezakan Negara Malaysia, Semenanjung Malaysia (SM) dengan Sabah dan Sarawak. Hailaaa~ Pertama kali saya jejak kaki di bumi Semenanjung (W. P. Kuala Lumpur) iaitu pada tahun 2002 (lapor diri bertugas dalam Perkhidmatan Awam), saya pernah ditanya "awak berasal dari mana? awak pernah datang Malaysia?".  Pelik! o.O? Apakah Sabah itu bukan sebahagian daripada Malaysia kah??  (mungkin sahabat senegeri saya pun pernah ditanya dengan soalan begini) Hahaa.. Baru-baru ini, sahabat sekolah rendah saya datang rumah ( from Sabah. Hai T). Kitorang borak punya borak, keluar cerita ni. Dia bagitahu, tadi  someone asks her the same question.  Saya bantai gelak!! Macam kelakar gile~ Hello this is 2014 kot. Ye lah saya fikir, setelah hampir 12 tahun saya menetap di Puchong, Selangor atau di Bumi SM ni soalan-soa

Salam Kemerdekaan II

Image
Assalamualaikum Hai Picture :  Pinjam METRO Tergamak sangat kan post entri sehari 2 kali..teeheee~  Cerita 31/08/2014 : Hasil dari keletihan semalam (padahal takdelah kerja berat sangat pun mungkin disebabkan cuaca panas dan kejutan ramai gile budak-budak same size and same outfit buat satu badan letih), hari ni hari malas sedunia harharhar~ # evillaugh Akid'adha buat kejutan hari ni. Teka dia buat ape?? . . . . . Masak Nasi!!! Hahaaa macam tak percaya pun ada. Tengah saya sidai kain tetiba dia datang dan begitu teruja bagi tau 'Akid dah masak nasi mama'.  Button panic automatically On! (risau apa-apa jadi kat dapur tu). Dengan pantasS terus ke dapur tengok apa yang dia dah buat. Okey~ Lampu periuk nasi dah menyala... buka penutup 0.0" kering! Dia tak letak air. Me : Akid letak berapa pot ni? Akid : Pot tu apa mama? Me : Pot tu ni (tunjuk bekas pot beras tu) Akid : Owh 3! Me : 3? banyaknye Akid..kita 3

Salam Kemerdekaan I

Image
Assalamualaikum Hai Cerita 30/08/2014 : Tabika KEMAS Akid'adha menyertai Sukan Potensi Peringkat Parlimen Puchong dan Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-57 di Kompleks Sukan UPM, Serdang.  Murid-murid berkumpul di Tabika KEMAS Darul Ilmiah sebelum bertolak  Akid dengan kawan-kawan Program dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan acara Perbarisan dari Tabika-Tabika seluruh Selangor. I think ada 32 buah Tabika kesemuaanya. Fuhh~ sib baik Tabika Akid'adha turn yang ke-9/10 camtu takde jauh mana nak jalan. Panas gile kot. Jangankan saya dan AJK lain berpeluh-peluh kepanasan.. Budak-budak ni apatah lagi la tapi semangat mereka mengatasi segalanya. Look at the line..fuhhh~   and look at their spirit and Akid's SMILE .. am a proud mum. Don't you?  Sebelum memulakan Perbarisan, minum sekotak air soya dan sebiji karipap.. Guest what? dari 32 kontinjen ( correct me if I'm wrong Cikgu Kamisah), diorang dapat No. 3 dalam acara p