Mama saya datang~

Assalamualaikum

Hai

Sekejapnya masa berlalu, rasanya macam baru tadi pegi jemput my Mum and Imran kat KLIA2..padahal dah seminggu berlalu~ huwaaaa rindu..

10:09:2014 (Rabu) mama & adik No. 2 datang melawat kitorang kat sini yeayyy!! (feeling aritu la). 
Kali ni jenjalan sekitar KL saja. Tujuan mama datang pun sekadar nak lepaskan rindu kat cucu-cucu kesayangan dia je dan sebab bapa join rombongan melancong ke Filipina. 

11:09:2014 Kami jenjalan kat Berjaya Times Square (BTS). Nak ke sana senang sebenarnya tapi bila dah nak sampai (depan Balai Polis KL) jalan tu ditutup! Aah sudah~ nak lalu mana lak ni..menyesal tak lalu terowong SMART tadi..terpaksalah mintak bantuan Google Map. Lepas 15 minit sampai juga destinasi.

BTS : Lama tak datang sini padahal dulu selalu dating dengan boyfriend (sekarang dah jadik husband hahaaa) sebab dia kerja kat sini. Sementara tunggu dia abes keje duk lepak kat Borders baca komik (#yawn..boring ke?~ oklah). 
Ada perubahan sket BTS sekarang, saya tengok ada beberapa tingkat dipasang jaring mungkin selepas kes terjun dari tingkat 9 tahun lepas kot. Pak Guard pun rajin round2. BagosS!

Mama window shopping je (takde yang berkenan la tu). Akid'adha dan Aafiyah yang over..nampak je kedai toys nak yang tu la nak yang ni la..fuh!! Sib baek Pacik Imran ada hehee. Uhuk! Akid'adha tak pegi sekolah. 2 hari lak tu. Ngeee~

12:09:2014 To Aquaria KLCC we go. 


Ehem!! nampak tak siapa yang over-exicited
Tiket. Takde diskaun langsung. Haihhh~
Kitorang sampai dah dekat jam 12.00 tengahari, jadi kitorang dah terlepas show ikan piranha makan. Hmm~ rugi! tengok muka ikan piranha tu kenyang dah. Ada beberapa tank ikan ditutup under renovation (haihhh rugi lagi). 


Settle Aquaria. Moh le kita jenjalan dalam KLCC Mall. 


13:09:2014 Shopping at Jalan TAR. Bagi mama itu satu kemestian kalau datang kehel. Anything for you mama. Sepanjang jalan meredah ramai manusia kat Jalan TAR tu saya gagah mendukung Aafiyah yang tido! Yahhhhhh cuaca panas lak tuh (T.T).
Done borong tudung, jubah dan kain pasang. Thank God!

Malam borong sushi kat Jusco IOI tuk adik bongsu. Just on time for 30% off. Purrfect!

Pastu jenjalan kat Downtown Cheras.

14:09:2014 Time to say goodbye (T_T)

Own our way to KLIA2


 Ok itu je~ #sedey 

Thanks for reading.

Comments

Popular posts from this blog

Phrases

10 Facts

The Only Living Sahabi