Owh Malaysiaku

Assalamualaikum

Hai

Saya tak sangka pada hari ini, di zaman yang serba maju dengan teknologi gajet yang serba canggih masih terdapat orang-orang yang tidak dapat membezakan Negara Malaysia, Semenanjung Malaysia (SM) dengan Sabah dan Sarawak. Hailaaa~

Pertama kali saya jejak kaki di bumi Semenanjung (W. P. Kuala Lumpur) iaitu pada tahun 2002 (lapor diri bertugas dalam Perkhidmatan Awam), saya pernah ditanya "awak berasal dari mana? awak pernah datang Malaysia?". 
Pelik! o.O? Apakah Sabah itu bukan sebahagian daripada Malaysia kah?? 
(mungkin sahabat senegeri saya pun pernah ditanya dengan soalan begini) Hahaa..

Baru-baru ini, sahabat sekolah rendah saya datang rumah (from Sabah. Hai T). Kitorang borak punya borak, keluar cerita ni. Dia bagitahu, tadi someone asks her the same question. Saya bantai gelak!! Macam kelakar gile~ Hello this is 2014 kot. Ye lah saya fikir, setelah hampir 12 tahun saya menetap di Puchong, Selangor atau di Bumi SM ni soalan-soalan macam tu dah pupus. I guess.. I'm totally wrong~

Mungkin bagi 'mereka' (sebahagian orang-orang yang lahirnya di SM) ini, Sabah itu adalah satu 'Negara' lain such as Thailand or Philippines sebab terpisah dengan SM. Ermm.. saya tak salahkan mereka dalam hal ini, mungkin mereka belum pernah keluar dari SM atau tak pernah belajar Sejarah/Geografi. OpsS..bukan maksud untuk mengata tau tapi think it on the positive ways okey.. maybe just maybe mereka dilanda kesempitan hidup untuk bersekolah apatah lagi nak bercuti-cuti Malaysia kan.. so tak kenal Sabah/Sarawak. Saya pun bukannya terer sangat bab Sejarah/Geografi tu. Cer korang tanya kengkawan dan Cikgu-Cikgu saya, level cukup-cukup makan jugak. Bahahaaa..

Ada kalanya saya panas hati juga bila terbaca komen-komen kat Facebook, 'mereka' yang tak tahu di mana, bagaimana atau apa keistimewaan Sabah tapi mengutuk dan memperlekehkan Negeri Di Bawah Bayu ini macam dia sudah meneroka dan mengkaji seluruh Sabah (Uhuk!! sorry ter-emosi sikit). 'Mereka' kecoh gile dan bangga sangat dengan negeri 'mereka' sedangkan kami Sabahan People, cool and rileks je (malas nak layan sebenarnya~). 

Okey hal yang lain dan lebih sensitive pasal agama Islam dan Kristian. Ermm..saya tak tau la kalau kat SM ni tapi selama saya hidup as a Sabahan, kami hidup harmoni je. Tak pernah pulak saya dipaksa untuk menganut Kristian atau minum Holy Water walhal saudara mara dan kawan-kawan saya sendiri yang berbilang kaum ramai yang beragama Kristian. We've learned how to respect each other. Setahu saya tak pernah timbul pun hal sebegini sehinggalah saya duduk di SM, perkara ni semacam isu yang sangat besar. 'Mereka' seperti menganggap orang beragama Kristian ni sangat jahat. Tambah-tambah lagi isu BABI hahaaa..saya yang terasa janggal sebab di kampong saya, binatang tu menjadi binatang peliharaan sama ada dijual sebagai sumber pendapatan atau kegunaan sendiri (semestinya orang yang bukan islam). Kekadang 'sefamily' lalu depan saya. Lalu je takdelah sampai bersentuhan. So..bagi saya perkara ini sangat biasa. Keluarga sebelah bapa saya adalah non-muslim dan sebahagiannya memang makan babi, selalunya dihidang masa perayaan Chinese New Year di rumah nenek (sikit je dan meja berasingan). Terkejut ke? Jangan risau kebanyakan rumah non-muslim di kampong saya (sekarang ni sudah ramai yang memeluk Agama Islam) terutama di rumah nenek ada 2 dapur yang berasingan termasuklah pinggan mangkuk periuk dan sebagainya, 1 untuk kegunaan yang melibatkan makanan tidak halal dan 1 khas untuk anak-anak dan cucu-cicitnya yang beragama islam (ohsem kan). Lagipun nenek saya tak makan babi, tak bagus untuk kesihatan katanya. Hehee..

Sebenarnya hal ini mudah, kita yang merumitkannya bukan? Kalau haram atau ragu-ragu, jangan makan. Full stop! banyak lagi makanan lain yang boleh mengenyangkan perut kan. Saya sedar ilmu agama saya takdelah tinggi mana but I'm still learning and I don't judge people. That's not me.
Hahahaaa jauh dah saya melalut ni.

Maaf sekiranya ada yang terasa atau kecik hati dengan entri saya kali ini
ter-over sikit (panjang plak tuh! teehee)

 Just my 2 cent.
#sayabudakbarubelajar

Comments

Popular posts from this blog

Phrases

10 Facts

Salam Kemerdekaan I