Posts

Showing posts with the label Ramadhan

Akhir Ramadhan

Image
Assalamualaikum... 07 Ogos 2013 : 29 ramadhan 1434H : 0839hours : at office-ku yang 'terchenta' :  amazingly still working! (T.T)  semoga diampuni segala dosa; diterima segala amalan; ramadhan~ semoga ketemu lagi Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan yang kami lakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja..  Mohon halalkanlah mana-mana yang termakan dan terminum~ Dan....... pssttt!! Ramadhan/Raya kali ini saya berjaya tidak memborong kuih/biskut raya  sebab saya buat sendiri! yeayyy~~ 

Terima Kasih

Assalamualaikum… Hari ni dah 16 ramadhan 1434H.  Alhamdulillah~ mesti UoLS dah start sibuk membuat persiapan menyambut hari raya kan..yap me too. Masuk minggu ketiga ni saya dah semakin terjebak dengan kancah bazar ramadhan..  (hah gelakkan aku la tu..it’s ok~)  sebab ape? Sebab tiap malam saya berusaha untuk menyiapkan tempahan kek RV saya tu disamping buat biskut untuk diri sendiri dan family kat kampong  (mum aku pesan “bawa balik kuih raya banyak2 ok”. InsyaAllah ma =       = ” ).  Bukan malas nak masak cuma nak save energy untuk operasi gerak gempur buat tempahan orang  (takyah cite panjang-panjang la kan hanya wanita/ibu je yang faham betapa renyah dan letihnya kalau dah berperang kat dapur memasak untuk family kan? kan?)   Alhamdulillah…murah rezeki saya ramadhan ni. Syukur. Terima kasih Ya Allah~ Kepada teman-teman, kengkawan dan sesiapa saja yang telah menempah atau berniat nak tempah kek...

Cerita Awal Ramadhan 1434H

Image
Assalamualaikum… UoLS puasa tak ni? Hehee.. Alhamdulillah hari ni dah 10 Ramadhan.  Kejap je kan, rasanya baru je ‘perasaan excited’ nak sambut puasa hari tu.  UoLS dah start buat kuih ke? Ke dah start tunjuk dan bawa balik? wink wink~ Azam saya di bulan puasa kali ni (disamping memperbanyakkan ibadah. InsyaAllah) adalah mengurangkan diri dari terjebak dalam kancah bazar ramadhan..teehee~ jimat…  masak je kat rumah..so far baru 2 kali je menjejakkan kaki ke sana.  1 st - ondaway nak berbuka kat rumah mak mertua tu singgah la kejap beli apa yg patut.  2 nd sebab asben dah plan berbuka dengan kengkawan dia so malas nak masak hehee.. tapi beli ikan keli bakar je..pastu balik umah masak nasi dan goreng telur mata je..sudah~ Tapi takleh lupa 1 ramadhan kami bila.. sampai kat rumah balik dari kerja dah jam 6.00 petang. Baru nak start perang kat dapo sekali.. air paip takdek!  (rumah takde tangki simpanan air..camni la) Punah harapan...

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan~

Image
Assalamualaikum, rasa macam dah lama sangat tak hapdet blog... nak buat caner penyakit MALAS dah datang~ huhuu.. Arini saje nak cite..semalam saya pegi membeli belah kat 1 pasaraya ni... sampai je kat pintu masuk dah terpampang banner/iklan  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Okey tu takpe lagi, masuk kat dalam taraaaa... pelbagai aneka jenis biskut-biskut raya dah pon dijual. Hmm...advance sangat pasaraya ni, puasa pon tak lagi kot.  Lagu-lagu raya? tak ON lagi mungkin tunggu hari pertama puasa..kan? Apepon..dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa.      "padanya dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan diikat para syaitan sepanjang bulan ini"