Terima Kasih
Assalamualaikum…
Hari ni dah 16 ramadhan 1434H.
Alhamdulillah~
mesti UoLS dah start sibuk membuat persiapan menyambut hari raya kan..yap me
too.
Masuk minggu ketiga ni saya dah semakin
terjebak dengan kancah bazar ramadhan..
(hah gelakkan aku la tu..it’s ok~)
sebab ape? Sebab tiap malam saya berusaha untuk menyiapkan tempahan kek RV saya
tu disamping buat biskut untuk diri sendiri dan family kat kampong
(mum aku pesan
“bawa balik kuih raya banyak2 ok”. InsyaAllah ma = =”).
Bukan malas nak
masak cuma nak save energy untuk operasi gerak gempur buat tempahan orang
(takyah
cite panjang-panjang la kan hanya wanita/ibu je yang faham betapa renyah dan
letihnya kalau dah berperang kat dapur memasak untuk family kan? kan?)
Alhamdulillah…murah rezeki saya ramadhan ni.
Syukur. Terima kasih Ya Allah~
Kepada teman-teman, kengkawan dan sesiapa
saja yang telah menempah atau berniat nak tempah kek RV saya..terima kasih saya
ucapkan sebab sudi dan suka kek saya tu
(kembang kempis idung aku menerima
pujian hahaa).
Walaupun sebenarnya saya hanya belajar buat kek tu melalui
internet je (Youtube).
Saya belum berkesempatan lagi untuk menghadiri mana-mana
kelas bakeri. Ramai juga yang bertanya “awak tau buat kek tu je ke?” “kek ape
lagi yang awak pandai buat?”.
Saya jawab dengan sengih je dan “ye kak..tu je
yang saya tau” hahaaa kesian kan.
Nantilah, saya move to the next level (poyo
tak?) hahaa insyaAllah akan belajar buat kek yang lain pulak.
Dah dekat-dekat nak raya ni...berbelanjalah
dengan lebih berhemat
(hahaa ayat yang paling tak seswai sebab untuk diri
sendiri sebenarnya)
p/s : Yeayyyy...PM dah umum nak bagi bantuan
sempena menyambut raya sebanyak RM500. Alhamdulillah~
sib baik cookies ai dpt..heeheeheee...tq yukkk...
ReplyDelete