Posts

Showing posts from June, 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan~

Image
Assalamualaikum, rasa macam dah lama sangat tak hapdet blog... nak buat caner penyakit MALAS dah datang~ huhuu.. Arini saje nak cite..semalam saya pegi membeli belah kat 1 pasaraya ni... sampai je kat pintu masuk dah terpampang banner/iklan  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Okey tu takpe lagi, masuk kat dalam taraaaa... pelbagai aneka jenis biskut-biskut raya dah pon dijual. Hmm...advance sangat pasaraya ni, puasa pon tak lagi kot.  Lagu-lagu raya? tak ON lagi mungkin tunggu hari pertama puasa..kan? Apepon..dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa.      "padanya dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan diikat para syaitan sepanjang bulan ini"

The Only Living Sahabi

Image
Assalamualaikum.. Semalam belek-belek kat FB, seorang sahabat telah post / share satu gambar yang buat aku sangat tertarik dan teruja iaitu gambar sepohon pokok yang dinamakan The Only Living Sahabi atau " Sahabat Nabi Yang Masih Hidup ". Ya, masih hidup sehingga sekarang. I wonder , berapa agaknya usia pokok tersebut. Lepas tu, aku pergi search  kat Pak Google. Jumpa! Aku nak share kisahnya kat sini. Aku cuma copy & paste je . (untuk bacaan sendiri nanti..senang nak cari hik!) The Only Living Sahabi  :  Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.  Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup". KISAH 1  Sebelum Rasulullah diangkat menjadi Nabi dan Rasul, baginda sering mengikut bapa saudaranya, Abu Thalib pergi berdagang. Pada suatu hari Abu Thalib pergi ke Syam untuk

M.A.S.A.

" Demi masa...sesungguhnya manusia kerugian ~" Assalamualaikum.. Ada rasa saspen tak dengan ayat kat atas? Aku bukan apa, tetiba rasa macam tersedar dari terhantuk manja kat dinding rumah..hahaaa (pang!!). Jumaat lepas masa rehat tengahari, aku dengan geng opismate jenjalan buang masa kat Alamanda (sangat!). Sebelum aktiviti cuci mata dan cuci dompet sekali, aktiviti mengenyangkan perut harus dilaksanakan (geng pulak dengan ibu-ibu mengandung..terus jatuh hukum WAJIB). Ondaway ke RASA (taraf foodcourt je nokS) ada pulak MPH buat SALE kat tengah-tengah podium.. hadoiii hati pon tergaru-garu gedik nak memborong.. padahal bawak sen jek ..(sabar Pdah, pegi makan dulu) okey~ (aku mana boleh tengok jualan buku ni..alergik! nasib lah aku hidup kat Malaysia yang terchenta . Kalau duduk kat Japang  nun caner?) Lepas kekenyangan, geng lain terus ke Parkson. Aku? "tersangkut" kat booksale MPH tu ("ter" la sangat~) Dalam pada separa sedar tu te