M.A.S.A.

"Demi masa...sesungguhnya manusia kerugian~"

Assalamualaikum..

Ada rasa saspen tak dengan ayat kat atas? Aku bukan apa, tetiba rasa macam tersedar dari terhantuk manja kat dinding rumah..hahaaa (pang!!).

Jumaat lepas masa rehat tengahari, aku dengan geng opismate jenjalan buang masa kat Alamanda (sangat!). Sebelum aktiviti cuci mata dan cuci dompet sekali, aktiviti mengenyangkan perut harus dilaksanakan (geng pulak dengan ibu-ibu mengandung..terus jatuh hukum WAJIB). Ondaway ke RASA (taraf foodcourt je nokS) ada pulak MPH buat SALE kat tengah-tengah podium.. hadoiii hati pon tergaru-garu gedik nak memborong.. padahal bawak sen jek..(sabar Pdah, pegi makan dulu) okey~ (aku mana boleh tengok jualan buku ni..alergik! nasib lah aku hidup kat Malaysia yang terchenta. Kalau duduk kat Japang nun caner?)

Lepas kekenyangan, geng lain terus ke Parkson. Aku? "tersangkut" kat booksale MPH tu ("ter" la sangat~) Dalam pada separa sedar tu ter-sambar juga 2 buah buku. 

MENTAL by Shaz Johar◇ & ◇AWAK SUKA SAYA TAK? by Melur Jelita◇. 

Tapiiii...Entah bila masa aku nak membaca. FYI ada beberapa buku-buku novel yang aku dah beli dan belum baca lagi..masih baru! Kagum tak? (Ko dah kenapa Pdah oi??) Yap. Percayalah. Memang buku-buku tu tersimpan gagah kat rak. Suci lagi. Sebab aku rasa macam tak ada masa kunun nak membaca sejak 5-6 tahun ni. Tapi ternyata aku silap. Masa lapang itu ada ekceli cuma diisi penuh dan padat with Facebooking and instagraming! Ye, sejak wujudnya Facebook (FB) + punya smartphone + wi-fi everywhere, membuatkan aku terus hanyut dan leka tapi belum sampai tahap anak merengek menangis nak susu pon tidak diendahkan tau. Masih waras! Hehee.

Sabtu. Waktu terluang aku cuba jauhkan diri dari FB thingS..ye lah aku kalau dah layan FB mesti nak tengok atau scroll sampai semalam punya cite..friends dah beratus kalau sorang hapdet sampai 2-3 status caner ; 'liked pages' dah berpuluh..baca dan baca. Komen-komen kat status-status orang pon rajin nak baca (ntahapehape ko ni Pdah) pastu jumpa pula pages yang jual baju-tudung-barang baby online..haa bukan ke makan masa yang panjang tu. So, sabtu dan ahad tu aku paksa rela tidak buka FB dan IG (tapi curi masa sket main games gilakCandy Crush huhuu) Aku ganti dengan membaca.

Yap! you hear me..MEMBACA. Aku baca novel Mental (memang mental la baca cite ni tapi best) and i did it! Heii.. aku ada masa untuk membaca lah. And im very the suka giler, like my oldtimeS sebelum wabak FB merebak. Masa tu hanya ada penyakit Friendster dan MySpace..hahaa itu pun tak berapa nak 'into' sangat sebab internet terhad. So, dunia aku hanya novel dan komik (dulu la masa mula keje kat sini dan masih bujang teehee) selalu lepak sensorang kat Taman KLCC dan baca novel atau komik..hagak Nerd kan? (rumah kat Taman Melati, naik lrt je ke klcc..dekat). Bukan anti-sosial. Ada juga bersoSiaL tapi most of my time.. i'm just with my world (rindu waktu itu).

(Ko dah melalut ke mana ni Pdah? Tetiba berjela cite zaman komunis. Mahap ye pak hahaaa)

p/s : Don't forget to flosS your teeth guyS! 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Phrases

10 Facts

Salam Kemerdekaan I