Posts

Showing posts with the label Drama King

Konvokesyen...

Image
Assalamualaikum Hai  Macam dah lama tak update kan? Agaknya Oktober lepas tak bape nak nice dengan saya (T.T) Dugaan Allah SWT~ kecik je pun tapi tak mampu nak handle ..betapa lemahnya saya huhuuu 1 November 2014 (Sabtu) : Hari Konvokesyen Tabika Akid'adha Anaqi. Uwaaaa!! Dah besar dah anak mama ni. Tahun depan dah masuk Darjah 1. Sekejap je masa berlalu.  Mama dan Papa sentiasa doakan semoga Muhammad Akid'adha Anaqi menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat kelak.  Video persembahan Akid'adha dan rakan-rakan Tabika KEMAS Darul Ilmiah 2014. Maafkan saya atas gegaran gempa bumi semasa merekod video ini maklumlah guna tangan je pastu dilanda rasa sebak (terharu nak nangesS~anak aku dah besar) dan ditambah gangguan dari Drama Queen (adoiiyaii). Mula tu oklah.. steady je~ lepas beberapa minit... hahaa | E N J O Y |

Mama saya datang~

Image
Assalamualaikum Hai Sekejapnya masa berlalu, rasanya macam baru tadi pegi jemput my Mum and Imran kat KLIA2..padahal dah seminggu berlalu~ huwaaaa rindu.. 10:09:2014 (Rabu) mama & adik No. 2 datang melawat kitorang kat sini yeayyy!! ( feeling aritu la).  Kali ni jenjalan sekitar KL saja. Tujuan mama datang pun sekadar nak lepaskan rindu kat cucu-cucu kesayangan dia je dan sebab bapa join rombongan melancong ke Filipina.  11:09:2014  Kami jenjalan kat Berjaya Times Square (BTS). Nak ke sana senang sebenarnya tapi bila dah nak sampai (depan Balai Polis KL) jalan tu ditutup! Aah sudah~ nak lalu mana lak ni..menyesal tak lalu terowong SMART tadi..terpaksalah mintak bantuan Google Map. Lepas 15 minit sampai juga destinasi. BTS : Lama tak datang sini padahal dulu selalu  dating dengan boyfriend  (sekarang dah jadik husband hahaaa) sebab dia kerja kat sini. Sementara tunggu dia abes keje duk lepak kat Borders baca komik (# yawn..boring ...

10 Facts

Image
Asalamualaikum Hai Sekarang ni tengah trending di Instagram : "2 0 Facts About Me" Repost If You Are Tagged & List 20 Facts About You And Tag 20 Fav Account Actually nobody's tagging my name  bahahaa. But still I wanna do  that kind of thing  ( kinda mengadaS kan). Sorry fellas, not me but my kiddos. ( I hope my babies will read this when they grow up. Well, for me this is the reason why i'm blogging ) So, this is it! 10 facts about Muhammad Akid'adha Anaqi : 1. Berbintang Sagittarius (DOB : 07122008) Tahun Tikus. Masa lahirkan Akid'adha, tangan sebelah kanan keluar dulu macam Superman hehee. Alhamdulillah everything's fine . 3.18kg : 50cm 2. Love western foods. Mungkin masa pregnant Akid, asek sumbat western food je. Tak boleh lupa gigih mencari 1901 Hotdog di KLCC jam 10 malam! Memang dah tutup la kan. Akid juga s uka makan Pajeri Nanas (tapi pajeri nanas ibu je yang lain tak jalan hahaa) dan  Kuih Onde-Onde / K...

Salam Kemerdekaan II

Image
Assalamualaikum Hai Picture :  Pinjam METRO Tergamak sangat kan post entri sehari 2 kali..teeheee~  Cerita 31/08/2014 : Hasil dari keletihan semalam (padahal takdelah kerja berat sangat pun mungkin disebabkan cuaca panas dan kejutan ramai gile budak-budak same size and same outfit buat satu badan letih), hari ni hari malas sedunia harharhar~ # evillaugh Akid'adha buat kejutan hari ni. Teka dia buat ape?? . . . . . Masak Nasi!!! Hahaaa macam tak percaya pun ada. Tengah saya sidai kain tetiba dia datang dan begitu teruja bagi tau 'Akid dah masak nasi mama'.  Button panic automatically On! (risau apa-apa jadi kat dapur tu). Dengan pantasS terus ke dapur tengok apa yang dia dah buat. Okey~ Lampu periuk nasi dah menyala... buka penutup 0.0" kering! Dia tak letak air. Me : Akid letak berapa pot ni? Akid : Pot tu apa mama? Me : Pot tu ni (tunjuk bekas pot beras tu) Akid : Owh 3! Me : 3? banyaknye Akid..kita 3...

Salam Kemerdekaan I

Image
Assalamualaikum Hai Cerita 30/08/2014 : Tabika KEMAS Akid'adha menyertai Sukan Potensi Peringkat Parlimen Puchong dan Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-57 di Kompleks Sukan UPM, Serdang.  Murid-murid berkumpul di Tabika KEMAS Darul Ilmiah sebelum bertolak  Akid dengan kawan-kawan Program dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan acara Perbarisan dari Tabika-Tabika seluruh Selangor. I think ada 32 buah Tabika kesemuaanya. Fuhh~ sib baik Tabika Akid'adha turn yang ke-9/10 camtu takde jauh mana nak jalan. Panas gile kot. Jangankan saya dan AJK lain berpeluh-peluh kepanasan.. Budak-budak ni apatah lagi la tapi semangat mereka mengatasi segalanya. Look at the line..fuhhh~   and look at their spirit and Akid's SMILE .. am a proud mum. Don't you?  Sebelum memulakan Perbarisan, minum sekotak air soya dan sebiji karipap.. Guest what? dari 32 kontinjen ( correct me if I'm wrong Cikgu Kamisah), diorang dapat No. 3 dalam acara p...

Sambutan Hari Ibu, Guru dan Bapa Tabika KEMAS Darul Ilmiah

Image
Assalamualaikum uolS.. 18hb Mei 2013 : 0800hrs : Tabika KEMAS My Drama King ada buat sambutan Hari Ibu (12.05.2013); Hari Guru (16.05.2013) dan Hari Bapa (Jun nanti). Sambutan yang simple tapi meriah. Seminggu sebelum berlangsung majlis tu, ibubapa diberi surat untuk bawa makanan yang telah disenaraikan...macam potluck la. Aku bawa mee goreng..huhuu * meaning~kene bangun awal!!  Acara bermula dengan lagu Negaraku dan lagu KEMAS oleh kanak-kanak dan cikgu-cikgi. Tapi sebelum tu murid-murid Tabika diminta berbaris lelaki dan perempuan..maklumlah kanak-kanak kan...memang "lurus" barisannya hahaaa. Pastu sesi potong kek ramai-ramai. Kemudian cikgu pengacara majlis umum sesuatu.. "Murid-murid diminta berbaris ke depan untuk ambil hadiah dan bagi dekat ibu/mak masing-masing. Lepas tu cakap 'sayang ibu/mak' ye". Owh ~ * terharu la pula . Pastu nampak Akid berlari nak bagi hadiah, terus peluk mama dan cakap sayang mama * (T.T)   Terharu lagi~ Akid mode E...

Balik Kampung lagi 30.05.2013-06.05.2013

Image
Hai UolS.. Assalamualaikum ♥ PRU13? It's a lame yo... dont want to talk about it! 30hb April 2013 : 1245hrs : KUL-BKI * balik kampung ler. Kali ni papa tak join sekali sebab papa mengundi sini (Puchong). So..balik bertiga je dan bawa hand luggage je * je? Berat nak mamm dengan beg tarik pastu backpack lagi.. On the way ke airport..My Handsome Drama King tetiba emo dan sedeyy sebab papa tak ikut sekali.. Memang sangat sayulah mendengar kata-katanya. "Napa papa tak ikut? Sian Akid..Akidkan sayang papa" hah papanya pon tak terjawap huhuu...  Tapi Drama Queen menten cun..tak sabar-sabar nak naik kapal terbang. Ermm..mama rileks je sebab jap lagi nak sedia mental dan fizikal untuk handle 2 orang askar yang sangat cerdaS dan cergaS!    Tengok~ sedeyy angatt kann Shomel tak kak ton?? erk!!    Alhamdulillah~ Sewaktu jalan di laluan nak ke kapal terbang, Abang memimpin tangan adiknya. Terserlah sifat ke'abang'an * boleh ke? Penumpang-p...