Sambutan Hari Ibu, Guru dan Bapa Tabika KEMAS Darul Ilmiah

Assalamualaikum uolS..

18hb Mei 2013 : 0800hrs : Tabika KEMAS My Drama King ada buat sambutan Hari Ibu (12.05.2013); Hari Guru (16.05.2013) dan Hari Bapa (Jun nanti). Sambutan yang simple tapi meriah. Seminggu sebelum berlangsung majlis tu, ibubapa diberi surat untuk bawa makanan yang telah disenaraikan...macam potluck la. Aku bawa mee goreng..huhuu *meaning~kene bangun awal!! 

Acara bermula dengan lagu Negaraku dan lagu KEMAS oleh kanak-kanak dan cikgu-cikgi. Tapi sebelum tu murid-murid Tabika diminta berbaris lelaki dan perempuan..maklumlah kanak-kanak kan...memang "lurus" barisannya hahaaa. Pastu sesi potong kek ramai-ramai. Kemudian cikgu pengacara majlis umum sesuatu.. "Murid-murid diminta berbaris ke depan untuk ambil hadiah dan bagi dekat ibu/mak masing-masing. Lepas tu cakap 'sayang ibu/mak' ye". Owh ~ *terharu la pula. Pastu nampak Akid berlari nak bagi hadiah, terus peluk mama dan cakap sayang mama *(T.T) Terharu lagi~ Akid mode Emo jugak..nampak tak muka Akid kat gambar tu? Ermm Aafiyah? dia tengah pikir nape dia tak dapat mug kot..hahaa


Acara seterusnya untuk kaum ibu / perempuan iaitu baling buah kelapa ala-ala lontar peluru gitu. Tapi buah kelapa tu takdelah besar pon. Aku? tak join. Jadi penyokong je.. *sedar..aku ni takdelah segagah mana..teehee~


Next adalah acara untuk kaum bapa / lelaki. Acara makan buah oren. Hah! yang ni Papa Akid terpaksa join atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan cheewahh hahaa *sebab bukan peberet dia nak makan buah ni Walaupun dalam pada nak tak nak join tu kan... haa guess what? Papa Juara!!! *tekalah pula siapa yang excited nak amek hadiah..sila rujuk gambar di atas..

Acara  terakhir, tidak lain dan tidak bukan adalah MAKAN. Owh~ terlupa! sebenarnya ada satu pertandingan lagi untuk murid-murid Tabika ni iaitu pertandingan mewarna Kad Ucapan Hari Guru. Akid? tak join sebab kaler 'cantik' sangat kan *habis dia conteng sana sini..takpelah bagi chance kat murid lain..tapi tengok penyertaan murid-murid lain dah tau dah ibu bapa yang tolong kaler sebab cantik lain macamKenapa aku tak tolong Akid? erm baik buat pertandingan mewarna kategori ibubapa kann.. huhuu 

Okey~ till next entry uolS.. 

Comments

  1. org tak nk g tu yang jadi pemenangkan..mesti lepas nie dia akn polow kak...heehee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Phrases

10 Facts

Salam Kemerdekaan I