Super Duper KeFENATan

Okey..entri sebelum ni berakhir dengan "Esok KEJE" : yap, betul aku pergi keje. Takde ponteng tau. No No No~ tapi dalam keadaan yang sama macam zombie cuma versi bersih dan chomel sket laa..Teehee~ 

08hb Mei 2013 : 1200hrs bertolak ke Corus Paradise Port Dickson, Negeri Sembilan pulak bagi menghadiri Kursus Pengurusan Fail Dan Rekod selama 3 hari 2 malam *terima kasih kengkawan yang sudi tumpangkan aku ke sana. Di sini, aku dengan Kak Efa (roomate) duduk kat tingkat 10 bangunan tengah ni. Memang cantik dapat tengok pantai terutama waktu senja. Tapi tak sempat nak amek gambar sunset sebab tidooo hahaaa..

Corus Paradise Resort Port Dickson

10hb Mei 2013 : 1230hrs Selesai je kursus ni, aku menuju ke program Teambuilding lak di Sekin Fisherman Village & Resort, Sekinchan, Selangor. On the way ke sana, aku diperkenalkan dengan Cendol Bakar Drive Thru!! Ya ampunnn sedapppp angaattt~ *yap via drive thru okeyy..hahaa sian aku kan baru tahu. Kalau tau macam ni punya lazat mesti beli borong, nak bagi kat mak-mak buyung tu. Mahap ye makcik-makcik sekalian xoxo. Yang kat tangan aku tu adalah Cendol VIP = cendol + jagung + kacang merah + nata de coco (RM2.00). Lepas tu singgah pulak kat gerai Karipap Gergasi. Haa memang gergasi lahh. Padat! tapi berminyak sangat. Terima kasih Puan Shariana banje kitorang. 



Sampai je kat Sekin ni, terpegun dengan landskap yang sangat cantik. Rujuk website link kat atas ye. Bilik pon luas. Tu belom part MAKAN lagi. Memang mabelesS la. Gambar bawah ni adalah menu makan malam kitorang tau. Haaa terliur tak??? Hehee~ 

Ni gambar sebelah meja je tau, kat sebelah ada lagi
 Owh Teambuilding kitorang kali ni berkonsepkan Ala Kampung.  


11hb Mei 2013 : 1030hrs Bertolak ke Kampung _____ *haiya lupa la pula nama kampung. Tapi tak jauh dari Sekin tu. Turun je dari bas...SubhanaAllah~ cantiknya pemandangan sawah padi. 


Cantik kan?
Aktiviti kitorang kat sini kebanyakannya permainan ala kampung. First game : baling tin dengan selipar. Bayangkan mak bapak yang dah lama tinggalkan benda-benda ni bermain macam tak hingat donia..hahaaa best dan kelakar. Dah la group aku yang first kan. Masing-masing over excited nak main sampai langgar sume peraturan. Huru hara jadiknya..hahaa 

Second game : tangkap ikan keli kat parit. Group aku tak mendapat hasil sebab sorang pon tak nak turun! hahaa orang bandar sangat kan~

Third game : tangkap ayam dalam kandang. Kesian kat ayam-ayam tu. Keluar-masuk cage 5-6 kali. Mulanya cargas lagi. Lari sana sini kitorang nak tangkap. Masuk kali yang 4-5, ayam-ayam dah tak nak lari. Mungkin penat atau dah pening. 

Forth game : cari buah kelapa tua kat sekitar sawah padi - dapat - duduk kat guni - tarik sampai ke khemah - kupas. Kesian kengkawan yang duduk kat guni tu, ade yang koyak baju dan koyak seluar. Panas! tarik kat jalan tar.


Acara paling best adalah LUNCH! kehkehkehhh~ 

Buah cermai yang mengiurkan terutama kepada ibu-ibu mengandung


12hb Mei 2013 : 1300hrs Yeayyy..Balik!!! rinduu dengan cinta hati - cinta hati mama. And YesS!! Esoknya aku keje lagi~ (T.T) *cuma lambat sket sampai..hehee

Akhirnya setelah 5 hari 4 malam tak jumpa mereka

Comments

  1. menci...menci....sib baik la pic aku menarik si maz tu tk dipostnya kat sini kan...klu tk malu mak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Phrases

10 Facts

Salam Kemerdekaan I