Congo Bar

Assalamualaikum

Hai, Salam Jumaat -penghulu segala hari- 
semoga kengkawan semua dirahmati oleh-Nya

Hari ni saya dengan baik hatinya menjamu kengkawan kat opis dengan 
Congo Bar (taktau la asal usul namanya cenggitu) . 
Ngee~ semalam terlebih rajin lak. Niat nak buat Congo Bar ni dah lama. Baru semalam terlaksana. ;)

Resepi yang mudah je. Cedok dari Kak Azlita : rujuk sini 
(damn! adore her mucho)

315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan (saya buat 290 gm)
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional (saya guna walnut)
Kepingan badam untuk taburan - optional

Tepung + baking powder + garam = Ayak dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang + mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. 
Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.


Congo Bar ready to bake versi P'Dah J 
At almost 30 minutes, bau dah semerbak harum. Akid yang dah ready nak tido kat dalam bilik bleh keluar check-ing "mama dah siap dah ke?" (=.='). 

His always my first and favourite QC hahaa.

Taraa!! Jamu mata korang 

sorry guys..presentation saya tidak sehebat kak Azlita.. hehee.. 
Maafkan saya pada sesiapa yang tak sempat nak rasa/jamah. Lenkali saya bawa lagi ye.

Thank you for reading #luvya



Comments

  1. nyum...nyum...sdp...tq kak...leh oder nie...heeheehee...ai promot ti ea...harga kita bincang...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Phrases

10 Facts

Salam Kemerdekaan I